Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun kira-kira 70 tahun lalu masih lagi kekal di ingatan ramai, malah tragedi itu memberi pengajaran hebat mengenai keburukan peperangan apatah lagi dengan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran di dalam peperangan.

Tragedi pengeboman di Hiroshima dan di Nagasaki adalah antara peristiwa bersejarah yang menyedihkan dan seharusnya kita sama-sama berusaha menghalang tragedi itu berulang kali. Pengeboman bom atom di dua bandar tersebut merupakan serangan terhadap Empayar Jepun oleh tentera Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Amerika yang ke 33 iaitu Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Bom atom yang digelar Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti pula pengguguran bom atom yang digelar Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Berikut merupakan 10 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai serangan-serangan bom atom tersebut.

  1. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.

  2. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.

  3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 ‘Enola Gay’ menjatuhkan bom atom yang digelar ‘Little Boy’ di Hiroshima dan manakala ‘Fat Man’ di Nagasaki.

  4. Pengeboman tersebut menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

  5. Menurut sebuah buku berjudul ‘Hiroshima 1946’, selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik ‘Duck and Cover’. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.

  6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang serta merta akibat kesan dari letupan itu. Manakala di Nagasaki pula, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta di dalam letupan tersebut.

  7. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil Amerika Syarikat (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mereka mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa kerana merasakan pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.

  8. Selepas pengeboman atom di Hiroshima, beratus-ratus orang yang kebanyakan mereka tercedera telah membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.

  9. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.

  10. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.

Admin

Admin

Masa depan yang lebih baik terbina dari serpihan-serpihan sejarah silam yang kelam dan cerah. Dari serpihan-serpihan tersebut terbinalah laluan yang teguh bagi mereka-mereka yang mengerti.

Leave a Reply