Header AD

header ads

Sambal Sotong Mengabang




Semasa ke pasar terlihat sotong mengabang. Lalu terlintas dihati untuk mencuba rasa hidupan laut ini setelah sekian lama terlihat rakan sekerja seringkali membawanya ke tempat kerja. Disebabkan wife tidak pernah berkenalan dengan haiwan ini, saya telah mengambil keputusan untuk merehatkan dia dari berurusan di dapur.


Sejak dari pasar tadi saya telah memikirkan masakan yang sesuai untuk haiwan laut ini. Apa yang terbayang ialah masak sambal. Bila sebut tentang masak sambal ini, saya sejak kecil diperkenalkan oleh emak saya sebagai masak merah tetapi wife saya menyebutnya dengan masak sambal. Tidak mengapalah saya akan mengunakan istilah masak sambal di hadapannya. Setelah 20 minit berlalu siaplah masakan tersebut.


Tentang bagaimana saya memasak tidaklah pula terlintas dihati ini untuk mencoretkanya di sini. Tunggulah nanti bila saya tergerak hati untuk membuat blog resepi pula (memang tak buat punya). Setelah masakan tersebut diadili saya hanya mendapat 3 setengah bintang dari 4 bintang. Walaupun agak kecewa dengan pengadilan tersebut kerana terasa ia tidak diadili dengan dengan telus namun saya tetap menerimanya dengan hati yang pasrah. 

Sekian. Photo by Diri sendiri (Huzaini Hassan)
Sambal Sotong Mengabang Sambal Sotong Mengabang Reviewed by Huzaini on July 06, 2015 Rating: 5

2 comments

Post AD

home ads