Header AD

header ads

Rezeki Kucing

Sudah beberapa kali terserempak dengan sebuah kereta putih diwaktu pagi sambil melihat pemiliknya turun memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di beberapa tempat. Boleh dikatakan setiap hari makanan tersebut diberi. Adakalanya makanan khusus kucing diberi dan adakalanya nasi yang digaul dengan ikan. Pendek kata makanan yang diberi itu bukanlah sisa-sisa makanan yang tidak kehabisan dirumah tetapi sememangnya makanan tersebut dibuat khusus untuk kucing malah, air bersih juga turut disediakan.

Tersentak juga dihati ini kucing di belakang rumah pun adakalanya tidak sempat diberi makan. Biarpun hanya dibelakang rumah itupun kita tidak mampu lakukan. Tanpa kita sedari kita telah menjadi agak kedekut untuk berkongsi makanan dengan haiwan-haiwan "kecil" tersebut. Padahal tidak akan menjadikan kita miskin pun kerana memberi makan kepada haiwan tersebut.

Rezeki Kucing Rezeki Kucing Reviewed by Huzaini on September 10, 2015 Rating: 5

No comments

Post AD

home ads