Pada suatu ketika dimana Rasulullah s.a.w masih lagi berada di Khaibar lalu datanglah seorang wanita yang bernama Zainab Binti Harith menghadiahkan baginda daging kambing yang di panggang. Zainab Binti Harith adalah isteri kepada Sallam Bin Misykam yang terbunuh semasa menentang tentera islam di peperangan Khaibar.

Sebelum dia menghadiahkan daging kambing tersebut kepada baginda dia telah terlebih dahulu bertanya kepada orng ramai yang mengenali baginda mengenai bahagian kambing manakah disukai baginda. setelah mendapat tahu jawapannya lalu dia meletakkan racun dengan banyaknya di bahagian paha kambing panggang tersebut. Manakala di bahagian kambing yang lain pula dilumuri racun keseluhurannya.

Setibanya di hadapan Rasulullah, Zainab meletakkan daging tersebut betul-betul di hadapan baginda. Baginda seorang yang menghargai pemberian seseorang dengan tanpa syak wasangka lalu mencapainya daging di bahagian paha kambing tersebut lalu menjamahnya. Namun setelah satu kunyahan Baginda tiba-tiba terhenti lalu daging tersebut tidak ditelannya tetapi sebaliknya di keluarkan dari mulutnya.
Kemudian Baginda berkata:

“ Tulang ini memberitahuku bahawa ia telah di letakkan racun”

Setelah Zainab dipanggil, dia telah mengaku meletakkan racun pada daging kambing tersebut. Lantas nabi bertanya kepadanya:


“Mengapa engkau melakukan sedemikian ?”

Lalu Zainab menjawab:



“ Aku melakukan ini semua aku telah berkata di dalam hatiku jika di seorang raja, dapatlah aku berlapang diri daripadanya. Sekiranya dia seorang Nabi sudah tentulah dia akan diberitahu ”

Setelah mendengar penjelasan tersebut Baginda pun memaafkannya. Tetapi malangnya seorang sahabat Rasulullah iaitu Bisyr bin al-Barra’ bin Ma’rur telah sempat memakan daging tersebut lalu meninggal dunia kerananya.

Terdapat perbezaan riwayat sama ada Rasulullah s.a.w telah memaafkanya atau telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya. Namun mereka telah bersepakat mengatakan bahawa baginda pada mulanya memaafkanya tetapi setelah Bisyr meninggal dunia wanita itu dijatuhkan hukuman mati sebagai hukuman qisas terhadapnya.