Peristiwa

Projek Manhattan- Bahagian 1

By 28 August, 2015 December 9th, 2018 No Comments

Di antara kita mungkin telah mendengar tentang Projek Manhattan, tetapi sebenarnya, masih banyak lagi yang kita tidak ketahui berkenaan projek tersebut. Projek Manhattan adalah merupakan satu rahsia yang disembunyikan dengan teliti mengenai data-datanya tetapi dari projek itulah yang telah memulakan era senjata nuclear. Jepun merupakan mangsa pertama daripada projek tersebut apabila Hiroshima dan Nagasaki telah dibom yang mengakibat ratusan ribu terkoban dengan sekelip mata akibat penciptaan bom atom.

Pada 2 Ogos 1939, ahli fizik ternama iaitu Albert Einstein seorang ahli fizik kelahiran Jerman yang terkenal dengan Teori relativiti telah menandatangani seutus surat yang ditulis oleh Leo Szilard lalu diterima oleh Presiden Franklin D. Roosevelt pada 11 Oktober 1939. tentang kemungkinan tindak balas pembelahan nuklear dalam jisim besar uranium. Surat itu menceritakan satu lapangan fizik baru yang menunjukkan bahawa unsur uranium dapat mengalami pembelahan nuclear (nuclear fission), dengan keluaran tenaga yang banyak. Einstein menggambarkan kebarangkalian reaksi nuklear yang boleh dihasilkan dan kemungkinan pembinaan bom yang sangat kuat.

Beliau menggambarkan kemungkinan bom tersebut dapat disampaikan melalui kapal, walaupun dia ragu-ragu bahawa senjata tersebut dapat disampaikan melalui udara. Dia juga mencatat kemungkinan bahawa Jerman akan meneruskan penyelidikan yang sama dengan itu Jerman telah menggantung eksport uranium dari lombong-lombong di wilayah mereka yang baru mereka perolehi. Namun begitu Albert Einstein tidak pernah terlibat dengan apa-apa berkaitan Projek Manhattan tersebut.

Roosevelt mengambil amaran tersebut dengan serius, dan dalam tempoh sebulan telah menganjurkan jawatankuasa penyelidikan. Amerika Syarikat memperkenalkan program nuklearnya sendiri di bawah Army Corps of Engineers pada bulan Jun 1942. Amerika Syarikat perlu membina senjata atom sebelum Jerman atau Jepun lakukannya terlebih dahulu.

Pada 12 Mei 1942, Presiden Roosevelt menandatangani perintah membuat projek rahsia untuk membangunkan senjata nuklear. Program yang membangunkan bom atom untuk Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II merupakan projek rahsia terbesar yang pernah dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Projek itu pada asalnya dinamakan ” Development of Substitute Materials” tetapi ada kebimbangan bahawa nama itu terlalu jelas mencetuskan maksud sebenarnya lalu ia dinamakan semula sebagai Manhattan Engineering District, yang kemudiannya dikenali sebagai Projek Manhattan.

Robert Oppenheimer dilantik sebagai pengarah saintifik. Kerajaan dengan rahsia telah membeli tanah di Tennessee bagi membina sebuah kota “rahsia” yang berfungsi untuk menempatkan 3,000 pekerja pertama. Ia dipanggil Oak Ridge dan kini ia telah menjadi sebuah pusat tarikan pelancong. Para pekerja diarahkan untuk tidak bercakap tentang pekerjaan mereka, pihak berkuasa mengancam untuk menghukum sesiapa yang mendedahkan rahsia tersebut. Mereka bekerja di dalam keadaan rahsia. Secara keseluruhannya, kos projek hampir AS $ 2 bilion dan ia menggunakan sekurang-kurangnya 130,000 orang sebagai tenaga pekerja.

Admin

Admin

Masa depan yang lebih baik terbina dari serpihan-serpihan sejarah silam yang kelam dan cerah. Dari serpihan-serpihan tersebut terbinalah laluan yang teguh bagi mereka-mereka yang mengerti.

Leave a Reply